Jun 19, 2010

SAYONARA PERLIS..

Seorang demi seorang meninggalkan Bumi Perlis. 19 JUN 2010. Kami sudah selamat melaksanakan pengajian. Alhamdulillah.

Tekad

Setahun. Ingat lagi dulu, waktu mula-mula dapat tawaran. Seronok sakan. Bila tengok alamat IPG..gulp! Jauhnya. Sampai ke Perlis.

"Pergi Long. Ko jangan nak kata apa. Sekali je peluang ni datang, dan ia tak diberi pada orang lain" - dia melontarkan nasihat.

"Ia, aku akan pergi. Meneruskan cita-cita dan impian itu"


Bukan Selalu Matahari Ada

Saya masih ingat waktu itu. Saya menangis ketika meninggalkan bumi Melaka setahun yang lalu. Berpisah yang jauh dari keluarga. Membawa diri seorang. Hanya bertawakal pada Allah. Kaki saya jejakkan nun di utara Malaysia. Dengan beg berbondong-bondong. Kiri kanan yang tiada berteman.

Mak pernah kata "Mak ni tak risaukan Along. Along lain, pandai bawa diri"

Dengan hasil kepercayaan itu, saya terus menjalani pengajian. Doa ayah meneman setiap kali. Tangisan usah cerita. Pernah waktu saya sangat sedih, saya mengongoi di hujung gagang.

"Along sedih. Along sorang...."

Ayah memujuk dari jauh. Alongnya menangis bagai anak kecil. Disapukan airmata hiba. Walau tak terasa jemari ayah, namun saya tahu ayah selalu bersama. Kata peransang dari ayah adalah obor semangat. Ayah adalah sumber kekuatan diri.

Fi Maktabi

Bersuka duka bersama teman-teman. Along ini belajar banyak. Melalui episod yang tak semuanya manis, inilah yang mematangkan diri rupanya.



Biar bukan 'arif' akademik, saya belajar mencari kelebihan-kelebihan diri supaya dapat bersaing secara sihat di kampus. Saya punya kawan-kawan, ada pensyarah dan ada Allah. Di Bumi Perlis inilah, saya mengutip berjuta kenangan dan ilmu untuk hari mendatang.

Kini. Pengajian setahun telah tamat. Saya masih terbayang lagi wajah teman-teman khususnya dari kelas pengajian yang sama. Kami anak-anak Abah Sudin :)

Turut bersama adalah seorang kakak yang setia menjaga saya sejak mula berada di sini. Kakak itulah yang menasihat, membawa saya ke kampus dengan keretanya, yang menegur tika diri khilaf. Katanya jika saya sudah dianggap adik, itulah cara dia.

Saya tak kecil hati. Sekurang-kurang Kak Mira saya ada selalu. Dia peneman setia saat suka dan duka. Dia setia menunggu bila saya lambat bersiap. Dia ialah Mama Mia yang girang.



Terima kasih akak. Tuhan temukan kita dengan suasana kita saling perlu. Liku hidup juga menjadikan kita berdua sama matang. Terima kasih untuk segalanya kakak.

Epilog senja di Bumi Perlis

Entah kenapa, banyak perkara yang berlaku, rasanya dihantar sorang-sorang. Ada masa rasa tidak kuat. Namun, saya pujuk diri. Allah tahu saya boleh lakukan. Justeru, ke mana saya pergi, itulah yang saya pegangkan. Allah tahu apa yang terbaik buat saya. Dia beri apa yang saya perlu, bukan memenuhi apa yang saya mahu.

Inilah kehidupan. Saya.Kamu dan Kita semua. Indahnya ukhuwah bila bertemu dan berpisah kerana Allah. Untuk semua kawan-kawan KPLI, syukran jazilan, wa jazakumullahukhairan kathira.

Hanya Allah yang maha layak memberi kebaikan kepada anda. Terima kasih atas kenangan. Terima kasih atas kasih sayang anda semua pada seorang Along ini.

Bila dan di mana kita di'posting'kan nanti, La takhaf, waLa tahzan kerna kita masih di Bumi Allah. Dia akan selalu memerhati dan menjaga kita :)

Along@Bintong
19 jun 2010


2 comments:

Anonymous said...

bergitulah hidup kita nin along...ada kala suka adakala derita...terpulang pada kita bagaimana mencorakkan hidup ini agar sentiasa gembira dalam mengharungi dugaan...dugaan ini indah jika kita bijak dalam menghadapinye kerana dugaan akan sentiasa mematangkan kita...kita manusia yang sentiasa lalai dengan adnya dugaan kita akan menjadi kuat dan tabah....

Mentor_ulung said...

thanks. betul sgt, apabila berjaya hadapi cabaran, itulah dia manisnya kehidupan. sabar dan terus cemerlang, Tuhan takkan biar kita sorang-sorang. Alhamdulillah.